Affiliate Marketing Testimonials

Review: Buat Duit Dengan Affiliate ACCESSTRADE

Review by Nik Khazami

Buat Duit Dengan Affiliate ACCESSTRADE | Saya rasa anda mesti pernah dengar tentang affiliate marketing di mana kita boleh buat duit dengan mempromosikan produk. Tidak perlu keluarkan modal, simpan stok, atau setup kedai online. Tapi cuma mempromosikan produk di laman sosial, email, atau website. 

Banyak program affiliate di luar sana yang boleh anda sertai. Ia PERCUMA. Saya sendiri telah sertainya dan telah berjaya buat duit darinya. Salah satu program affiliate Malaysia yang bagus adalah ACCESSTRADE.  

How it works?

Mudah sahaja. Cuma perlu promosikan link affiliate di media sosial atau mana-mana platform. Anda akan mendapat komisen melalui setiap jualan yang terhasil dari link tersebut. 

Promosi pelbagai produk

Kenapa saya cadangkan ACCESSTRADE? Kerana ia memiliki pelbagai produk dan servis untuk anda promosikan. Banyak syarikat dan e-commerce besar yang bekerjasama dengan ACCESSTRADE seperti Shopee, Lazada, Klook, Watsons, Adidas, PGMall, Traveloka, dan banyak lagi. 

ACCESSTRADE menawarkan pelbagai niche produk seperti:

  1. Pakaian
  2. Pelancongan
  3. Food & Beverages
  4. Produk penjagaan diri
  5. Gajet / elektronik
  6. Percutian

Cara promosi link affiliate AccessTrade

ACCESSTRADE merupakan program affiliate yang paling sesuai buat penulis blog dan social media influencer untuk jana pendapatan. Kenapa? Sebab anda boleh mempromosikan produk melalui link atau banner iklan yang mengandungi ID ACCESSTRADE. 

Pengikut anda tertarik dengan produk tersebut, seterusnya membeli melalui link yang anda share. 

Contoh 1: Promosi di media sosial

Saya pernah muat naik Tweet mengatakan produk rambut Schwarzkopf Seborin Aktiv Hair Tonic memang berkesan, dan saya sertakan link pembelian di Shopee.  

Tweet tersebut mendapat sambutan, dan saya mendapat komisen kira-kira RM50 pada minggu pertama hanya menerusi 1 produk itu sahaja.

Contoh 2: Sertakan link affiliate dalam artikel blog

Katakan anda menulis artikel produt review, selitkan link affiliate Lazada, Shopee, atau Watsons. Beritahu pembaca di mana mereka boleh beli produk tersebut dengan harga rendah. 

Begitu juga kalau bercerita bab fesyen, anda boleh promosikan produk dari Zalora, Pamelo, dan Adidas

Contohnya saya terbitkan artikel Moisturizer Kulit Berjerawat, saya senaraikan moisturizer yang sesuai dan selitkan link pembelian di Shopee/Lazada.  

Sebagai penulis blog, ini adalah salah satu cara buat duit dengan blog/website yang paling berkesan. 

Cara menjual produk affiliate akan lebih berkesan kalau anda pandai guna ayat menarik dan ‘convincing’.

Komisen

Nilai komisen juga agak tinggi dan berbaloi.  Lagi banyak promosi, lagi banyak komisen. 

Ajak kawan, dapat RM5

Bukan sekadar komisen, anda juga bakal mendapat bayaran RM5 sekiranya rakan anda mendaftar ACCESSTRADE melalui link yang anda kongsi. 

Buat Duit Dengan Affiliate AccessTrade 

Langkah 1: Daftar akaun di sini – https://accesstrade.global/my/

Layari link di atas dan ini butiran yang diminta. Sekiranya anda tidak memiliki blog/website, masukkan URL media sosial. ( Contoh: www.instagram.com/nikkhazami )

Langkah 2: Isi maklumat penting.

Setelah mendaftar, masukkan maklumat seperti profile, site, dan akaun bank (penting untuk pembayaran kelak)

Langkah 3: Apply campaign

Pergi ke bahagian “Campaign” dan pilih brand yang ingin anda promosikan. Katakan anda pilih Shopee, tick “Shopee” dan tekan “Apply”. 

Langkah 4: Create affiliate link

Contohnya nak promote steamboat grill di Shopee. Anda perlu cari produk tersebut di laman Shopee dan copy URL. 

Pilih “Shopee” dan tekan “Custom Creatives” dan paste URL tadi pada ruangan “Landing URL”. Masukkan ‘Creative Name’ sebagai note untuk diri sendiri. Supaya senang anda nak guna semula link tersebut kelak. 

Tekan “Generate”. Link affiliate akan terpapar dan sedia untuk dipromosikan. Kalau rasa link tu panjang sangat sangat, anda boleh pendekkan dengan guna Bitly atau Cuttly. 

Siap!

Cubalah buat duit dengan affiliate ACCESSTRADE. Jangan sia-siakan platform media sosial tu. Lebih-lebih lagi kalau anda ada ramai followers. Sebab bisnes afiliate ini memang menguntungkan. Daftar sini – ACCESSTRADE Affiliate